Wednesday, March 11, 2009

Persepsi Ibu Bapa terhadap Pelaksanaan Program Inklusif di Sepang

Tesis Kajian...
http://www.4shared.com/file/92282879/3615d5ed/asas.html

Pendidikan Khas

Definisi Pendidikan Khas Dalam konteks Malaysia

Pendekatan Baru Definisi Kanak-Kanak Dengan Keperluan-Keperluan Pendidikan Khas menekankan kepada kebolehan, kefungsian, kemahiran, perkembangan, penguasaan dan pencapaian kanak-kanak tersebut dalam kemahiran-kemahiran pengembangan( development skill). Pendekatan baru menolak pendekatan tradisi yang menekankan kecacatan dan ketidakbolehan (medical defict model).
Penguasaan dan pencapaian dalam kemahiran-kemahiran tersebut berdasarkan kepada peringkat-peringkat kebolehan seseorang murid dan pelajar dengan keperluan pendidikan khas seperti berikut :-
kebolehan kognitif
perkembangan tingkahlaku sosial / perkembangan kemahiran sosial
penguasaan bahasa lisan / pertuturan
pengusaan membaca
kemahiran matematik
kemahiran pertumbuhan asas manusia
kemahiran berdikari
kemahiran keusahawanan
kebolehan penglihatan
kebolehan pendengaran

Sunday, February 22, 2009

Sejauhmanakah pelaksanaan pendidikan inklusif ini memberi kesan kepada murid berkeperluan khas.

Inklusif bermaksud memasukkan atau menginklusifkan murid berkeperluan khas dengan murid biasa di dalam satu kelas yang sama. Kedua-dua murid akan berinteraksi sosial sesama mereka dan bekerjasama dalam menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru. Apa pandangan anda?????

Pendidikan Inklusif

Bailey ( 1998 ) merujuk inklusif sebagai memasukkan pelajar istimewa bersama pelajar lain ke sekolah biasa , mengikut kurikulum yang sama pada masa yang sama di dalam bilik darjah yang sama, dengan penerimaan yang penuh oleh semua dan mereka merasakan mereka tidak berbeza daripada pelajar lain.

Pendidikan inklusif di negara ini telah bermula sejak tahun 1962 untuk pelajar bermasalah penglihatan. Pelajar ini telah belajar dalam kelas khas biasa bersama-sama pelajar normal dengan bantuan guru khas ( guru resos ). Pada sesi persekolahan 1993 / 1994 satu era baru telah berlaku dalam perkembangan pendidikan inklusif. Seramai tiga orang pelajar khas bermasalah pendengaran telah ditempatkan ke tingkatan 6 Rendah dengan dibantu oleh dua orang guru resos di Sekolah Menengah Methodist ( L ) Kuala Lumpur ( Seminar Kebangsaan Pendidikan Khas , 1995 )

Manakala bagi Booth ( 1996 ) inklusif mempunyai dua proses yang berhubungan iaitu proses peningkatan penglibatan pelajar dalam budaya dan kurikulum sekolah aliran utama dan komuniti dan proses pengurangan pengasingan daripada budaya aliran utama dan budaya.

Secara umunya , pendidikan inklusif merupakan pendidikan umum yang melibatkan semua pelajar sama ada yang normal, kurang upaya atau yang pintar cerdas di dalam satu sekolah yang sama bagi memaksimumkan kemampuan mereka.

Sunday, February 15, 2009

Special Needs

What u know about special needs?